BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Khamis, 2 Julai 2009

YANG BERKUASA MENGGANTUNG, YANG DICERCA TERGANTUNG

YANG BERKUASA MENGGANTUNG, YANG DICERCA TERGANTUNG
Ilham yang tiba-tiba datang : Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip

Cukup!
Jangan kau berpaling
Setelah kau membaling
Terus melenting
Tanpa memikirkan perasaan orang yang sentiasa membanting
Mencari sesuatu yang terpenting
Dalam mengharungi kehidupan yang tidak beranting…..

Janganlah dipersendakan
Usaha keras untuk menuju keamanan
Malah,
Bantulah sedaya upaya dengan hati yang hanya mengandungi angin
Ringan seperti terapung di indera kayangan
Biarpun sekecil kuman
Tetapi
Bernilai seperti berlian….

Ayuh!
Tempatkan roh kita di tempat mereka
Bersama-samalah kita selami
Keperitan yang dialami
Seperti kain yang tengah di sulami
Terkena cucukan jarum besi
Demi kecantikan abadi

Adakah takdir dalang semua ini?
Kita asyik berdiri dalam keadaan senget
Tidak dalam keadaan yang rata
Apatah lagi dalam keadaan yang selesa
Yang berkuasa menggantug
Yang dicerca tergantung

Punyai perasaan
Punyai jiwa
Mahupun nurani
Segarkan dirimu dengan hati insani.


Sekian terima kasih…..

0 ulasan: