Sebuah teater yang akan dipentaskan pada sem hadapan
manakala BANGKIT THE MUZIKAL akal juga dibuat tetapi nak mula dari mana
BANGKIT THE MUZIKAL mungkin akan dipersembahkan di BRUNEI
Dapatkah Aku Merealisasikannya........
Sabtu, 30 April 2011
KUDRAT
Dicatat oleh L!h!n Blog di Sabtu, April 30, 2011 0 ulasan
Kena Marah - 30 MEI 2011
Kena Marah!
Bila mana kita merasakan
Perasaan kena marah
kena marah sama sahaja seperti api
seperti api yang sahaja memberi kepanasan
jika dipadamkan sekejap sahaja hilang panasnya
sekejap saja hangatnya
kena marah memang menggundahkan
marah telah membuatkan kita jadi gila
gila apa?
seperti bergetar seluruh badan
berombak dada
merah wajah
keluar jernihan di mata
kena marah memang dasyat
sekali meletup
berapi dan bergegar dunia dibuatnya
jika ku marah
ku akan buat sesuatu
yang buat mu rasa serba salah
bukan salahku
tapi salah kita
marah dan kena marah
siapa lagi lebih kuat
siapa juara
tunggu dan nantikan
ku marah hanya untukmu
kamu mencabar
baru sahaja datang
baru sahaja
ingat baru sahaja
baru sahja maksudnya belum lama
orang lama diingati
orang baharu dimaki
ingat tu....
marah dan kena marah
orang yang marah akan terkena
mungkin api mungkin air ataupun angin
tunggu
jika sekali aku dianiayai,
selamanya kamu akan merasa hidup tidak berguna
jangan jadikan itu semua penyebab kepada kamu
biar sejuk
biar dingin
semua itu akan menyenangkan
jika marah pandanglah wajah
jangan pandang yang lain seolah-olah pengecut
PENGECUT
Ku gembira melepaskan apa yang aku tidak puas hati
ku harap kau faham
marahlah kamu
nati parahlah kamu
ingat itu.......
Dicatat oleh L!h!n Blog di Sabtu, April 30, 2011 0 ulasan
Jumaat, 8 Oktober 2010
Lihin Blog
Sedang Mencipta Skrip Teater yang Bertajuk Anak Haram
ANAK HARAM
Babak 1
Eric : Lu jangan main-main sama gua, lu jangan lupa gua yang bagi lu makan selama ni. Lu jangan senang-senang mau lari sama gua. Lu punya muka banyak lansi ow. Lu pernah rasa gua punya penangan ka? Kalau lu berani cuba ma..
Alex: lu mau gigi lu berlumba masuk dalam mulut lu ka?
Eric : Apa macam ma? Lu mau lari ka? Rahsia gua lu sudah banyak tau ma. Gua bagi lu pilihan, mau gua potong lu punya lidah ka atau lu mau lu sendiri gigit lu punya lidah. Ada berani ka?
Rio : Gua janji gua tutup mulut. Gua bukan tidak mau join lu punya grup ma. Tolonglah faham Eric. Gua janji. Gua janji.
Eric : Macamana gua mau percaya sama lu ma. Lu masih banyak hutang sama gua ma. Macamana mau kira ni.
Alex : Eric, kasi pecah saja muka dia ma. Banyak ceritalah budak taik ni. Gua rasa ini budaK mau jahanamkan kita punya bisness.
Rio : Eric, lu percayalah sama gua. Gua tidak ada niat apa-apa. Gua mau berhenti saja. Gua mau buka bisnes lain. Percayalah sama gua.
Eric : Lu buat gua makin panas ma. Gua hilang sabar sudah ni. Jangan ingat gua percaya sama lu. Ok! Gua lepaskan lu. Tapi sebelum itu gua mau tengok lu penya kaki patah dulu ma. Ada berani ka?
Rio : tolonglah Eric. Gua janji gua akan sembunyikan rahsia lu.
Eric : Gua caya sama lu tapi lu kena mati ma.
Alex: Eric, biar gua langsaikan budak ni. (Sambil membawa samurai)
Eric : Alex, lu duduk diam saja. Boleh tak?
Alex : Budak taik ni biar mati saja. Gua mau habiskan malm ni jugak.
Eric : Pasal budak ni, biar gua yang setel. Lu duduk diam saja.
Alex : Gua tidak kira. Bukan lu sorang yang susah, gua jugak yang susah kalau budak ni pecahkan rahsia kita punya bisnes.
Eric : Lu jangan mau ajar gua. Gua cakap lu relaks, lu relaks lah.
Alex : OK! (Sambil menumbuk muka Rio)
Eric : Hey Sial! Gua bagi peluang sama lu, tapi gua mau bagi hadiah sama lu. (Mematahkan kaki Rio). Ini baru amaran pertama, lu kena ingat, ini Eric. Lu belum kenal siapa gua lagi ma. Awas lu kalau gua punya bisnes lingkup.(Telefon berbunyi)
Eric : Hello, ok gua datang. (Sambil mengangkat panggilan )
Eric: Alex! Go....
Babak 2
Eric : Ada apa lu panggil sama gua?
Julia : Eric, relaks dulu. Ini aku ada cerita terbaru tentang Rio.
Eric : Cepatlah cerita.
Julia : Aku dapat tau dia sekarang sudah ada girlfriend.
Eric : Siapa perempuan sial tu?
Julia : Ko betul ka mau tau ni?
Alex : Hey Julia, lu jangan buang masa kami boleh ka? Sekali gua hentak lu karang.
Eric : Cepatlah Julia!
Julia : Ok, Macamni, korang ingat tak customer ko dulu. Tak salah ingat aku nama dia Nabila.
Eric : Jadi sekarang Rio sudah melekat sama itu perempuan. Tak guna punya perempuan.
Julia : Relaks duliu, aku dengar cerita perempuan itu anak orang kaya. Tak salah aku anak pemilik Duta Holdings.
Alex : Eric. Lu ingat tak dulu sewaktu Nabila beli kita punya barang, Rio saja yang hantar ma. Gua rasa mereka ni sudah mula bercinta waktu itu.
Eric : Gua sudah agak mesti ada apa-apa ni. Awas ko Rio. Tidak guna punya perempuan sial. Gua rasa perempuan ini punya dalang.
Alex : Gua pun rasa macam itu ma.
Julia : Ala...Eric, biarlah dia tu. Aku ada anak ayam baru. Fresh lagi, aku dapat dari kampong. Budak kampong beb. Masih perawan lagi. Ko nak ka? Kalau tak aku bagi customer aku. Rugi beb.
Alex : Hey Julia, lu punya otak bisnes hebat ow. Apsal lu punya bisnes saja mau maju. Kami punya bisnes macamana ma? Kami tengah bingung fasal budak taik Rio tu, lu senang saja mau ambik kesempatan.
Julia : Hello! Siapa jugak yang rasa sedap?
Alex : Macamana lu taw sedap? Gua punya hati tak sedap macamana mau sedap?
Julia : Kalau taknak jangan nyesal beb.
Eric : Hey! Sudah! Lu apa fasal Alex? Julia jual itu anak ayam dengan aku. Apsal lu pulak yang lebih-lebih?
Julia : Senyum puas.
Eric : Lu apsal pulak senyum? Hey Julia, gua nak lu rapat sama itu budak Rio. Cungkil rahsia dia dengan perempuan sial tu.
Julia : Ok Boss, jap-jap aku nak ICE. Malam ni aku rasa panas sangat-sangat.
Eric : Alex, lu bagi kat dia. Bagi saja berapa dia nak. Tapi lu kena ingat siasat itu budak sial ok!
Julia : Ok Boss! Betul taknak barang baru aku?
Eric : Takda selera.
Alex : (Berbisik) Gua mau. Berapa?
Julia : One Shot RM500, one night RM 1000
Alex : Lu cekik darah punya bisneswoman ma.
Eric : Alex! Lu tunggu apa lagi? Sial!
Babak 3
Alex : Gua sudah fade up sama itu budak Rio. Selagi dia belum mati gua punya hati tidak sedap ow. Macamana gua mau tidur lena.
Eric : kita ada cara. Lu relakslah. Jangan buat macam-macam.. gua mau bilang sama lu. Itu budak Rio banyak tolong sama kita waktu dia join kita punya grup. Dia jugak yang selamatkan lu waktu lu hampir mati dulu. Sekarang kita cari jalan saja macamana kita mau ajak dia join kita punya grup lain kali.
Alex : itu gua tau! Tapi gua takut saja ma. Nanti dia pecahkan rahsia kita.
Man : Bos! Gua ada dengar cerita dari orang kita, ada satu grup mau rampas tempat kita.
Eric : Grup mana? Bikin panas betul.
Man : Gua dengar orang kita bagitau mereka belasa orang kita yang jual tempat kita itu.
Eric : Betul ka? Lu tau sapa itu?
Man : Bachok!
Eric : Sial punya Bachok. Bukan itu budak gua sudah sumbat masuk penjara 5 tahun dulu ka?
Man : Ya memang betul! Tapi polis lepaskan dia sebab dia punya bapak hulur-hulur duit ma.
Alex : Apa betul gua dengar ini Eric?
Eric :Macamni, malam ini jugak kita cari Bachok.
Alex : Tapi malam ni gua ada hal la.
Eric : Hal apa?
Alex : Gua mau jumpa itu budak Julia. Dia cakap ada benda mau bagitau gua.
Eric : Hey Alex, Lu jangan ingat gua tidak tau ma. Lu mau itu anak ayam kan?
Alex : Eh! Mana Ada.....Malam ni pukul berapa?
Eric : Apa fasal lu sekejap mau sekejap tidak?
Alex : Gua sudah taubat ma.
Man : Tapi boss, budak Bachok tu banyak kuncu.
Eric : Hey Man! Lu masih belum kenal sapa Eric ka? Kalau lu mau kenal mari dekat sama gua. Gua bagi lu kenal sapa gua. Biar gua potong lu punya anu. Ada berani ka?
Alex : Eric, lu jangan confident sangat ow. Kita belum tau lagi Bachok punya strategi ow.
Eric : Man, lu panggil semua ahli kita.
Man : Ok Boss.
Alex : Gua rasa kita tangkap seorang ahli dia saja
Dicatat oleh L!h!n Blog di Jumaat, Oktober 08, 2010 0 ulasan
Rabu, 1 September 2010
Salam Lebaran
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua.....Terutama Buat Keluarga dan Annur Alisa.... I Love U All........
Dicatat oleh L!h!n Blog di Rabu, September 01, 2010 0 ulasan
Khamis, 6 Mei 2010
Ahad, 8 November 2009
percayalah
Terimalah sebuah antologi cerpen pertama hasil rekaanku yang kutujukan khas kepada Keluargaku, pensyarah-pensyarah IPBL, Guru-guruku dan rakan-rakanku.
Kupersembahkan cerpen yang bertajuk
“Menunggu untuk ke tali gantung”
“Menurut undang-undang anda disabitkan kesalahan kerana membunuh dengan niat dan anda dihukum gantung sampai mati pada 29 Jun 2008. Buat sementara waktu anda akan dipenjarakan sementara menunggu giliran untuk menjalani hukuman”.
Dialog itu sedang bermain di kepala Roziah sewaktu dia dalam kesedihan dan menyesal teramat sangat sambil memegang pagar besi penjara. Tanpa disedari air mata membasahi pipinya dan dia sedar walau menangis air mata darah sekalipun hukuman yang dikenakan keatasnya akan dilaksanakan juga pada 29 Jun 2008 ini. Sekarang beliau hanya mempunyai 3 hari saja lagi untuk menerima hukuman. Tatkala Roziah dalam kesesalan, pagar besi penjara yang digenggamnya seakan-akan meronta-ronta kesakitan dan merayu untuk dilepaskan. Namun kesesalan yang menghantui Roziah tidak menghiraukan rayuan pagar besi penjara itu.
Bagaikan tayangan video ulangan apabila Roziah mengimbas kembali detik-detik beliau dan kilauan matanya seakan-akan kaca yang baru digilap yang semakin menyinar. Mengapa? Itu saja persoalan dalam fikiran Roziah. Aku bagaikan orang yang tiada panduan atau kiblat untuk diikuti dan dihadap. Mengapa? Aku pun keharainan megapa aku sungguh durjana? Aku yang diharapkan oleh keluarga, aku juga orang yang sungguh layak dijadikan musuh keluarga. Mungkin tiada ruang untuk aku menghidu keharuman syurga yang berada di telapak kaki ibuku. Aku sungguh bodoh dan sangat kejam. Ibuku melahirkanku, menyusukanku, mengajarku erti hidup. Mengapa aku membunuhnya? Ya Allah. Mengapa? Apakah aku ini jin atau iblis yang bertopengkan wajahku? Dimana letaknya sifat manusia yang suci dalam diriku. Aku merasa bersalah dan amat menyesal.
Masih segar diingatanku, ketika pertama kali aku belajar mengayuh basikal, ibuku sanggup terjatuh di dalam parit yang kotor dan berbau busuk apabila cuba menahan basikalku daripada terjatuh dalam parit. Aku ketika itu hanya ketawa sambil memegang perut. Ibuku hanya menghadiahkanku senyuman kerana berjaya menghiburkanku walaupun dalam keadaan yang memalukan. Aku mula dapat tersenyum setelah sebulan arwah papa meninggalkanku selamanya kerana dihempap sebatang pokok ketika sedang cuba untuk melarikan diri daripada terkena hempap. Namun begitu kaki papaku tersangkut pada akar pokok ara dan sejak detik itulah aku tidak menghadiahkan ibuku yang sentiasa memujukku dengan senyuman. Entah mengapa suatu hari itu aku menerima pelawaan ibuku yang cuba mengajarku mengayuh basikal. Sejak hari itu, hubungan aku dengan ibuku bertambah erat. Semua permintaanku dituruti saja oleh ibuku. Ibuku pernah sekali ditumpahi oleh susu getah ketika tergelincir daripada keadaan tanah yang becak di kebun getah orang kaya kampungku. Ibuku hanya mampu bekerja dengan orang kaya kampungku kerana kerja itulah yang saja layak untuknya. Pernah sekali aku melenting apabila ibuku terbatuk ketika aku sedang tidur dan batuknya telah mengejutkanku. Ibuku meminta maaf kepadaku tetapi aku masih menunjukkan kemarahanku dengan membaling bantal pelukku kepadanya. Ibuku terus keluar dari bilik dan aku pun tak tahu apakah yang dibuatnya?
Pada keesokkan harinya, aku bangun daripada tidur dan aku terpijak darah. Aku sekali lagi melenting pada ibuku kerana tidak mengelap darah itu. Aku sekalipun tidak pernah bertanya kepada ibuku darah apakah itu walaupun telah banyak kali aku terpijak darah yang sama warna dan baunya. Ibuku terus mengemop lantai dan mengelap kakiku dengan kain basah. Setelah selesai ibuku mengelap kakiku, aku terus menyepak kain basah itu ke dinding. Aku terus menghampiri meja dan membuka tudung saji. Aku bengang kerana hanya terdapat secawan teh kosong dan nasi goreng yang digoreng dengan bawang merah dan garam. Ibuku mendiamkan dirinya dan meneruskan kerja mengemop lantai yang ada darah kering sambil menahan dirinya daripada terbatuk. Aku terus melulu keluar tanpa mandi dan menggosok gigi dengan keadaan yang baru bangun tidur menggunakan seluar pendek paras atas lutut dan baju yang feet. Aku sedar sepanjang aku berjalan ke rumah kawanku, ramai mat-mat atau lelaki yang memandangku dengan mata yang terbeliak. Aku merasakan yang aku sangat popular pada ketika itu.
Keesokkan harinya aku mengulagi sikapku dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata pergi ke rumah kawan-kawanku. Pada kali ini, aku dihampiri oleh seorang lelaki yang bernama Joe dan beliau mengajakku berjalan menggunakan motosikal Honda EX5 nya. Aku terus menerima pelawaan itu dan Joe mengajakku ke satu tempat kerana beliau mahu merokok. Aku yang selama ini, tidak pernah menghidu bau asap rokok terpaksa menghidu bau asap rokok yang dikeluarkan oleh Joe daripada mulutnya. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Semenjak hari itu, Joe mula rapat denganku dan sering mengajakku keluar. Pada suatu ketika, Joe mengajakku untuk pergi ke pub atau Pusat Hiburan. Aku terus bersetuju tetapi menjadi masalah padaku, aku tiada baju yang cantik. Dalam hal ini, tiada cara lain untuk aku mencari duit melainkan meminta pada ibuku.
“Ibu, mintak duit!
“Berapa nak?” Ibuku membahasakan diriku anaknya sedangkan aku bukan seperti anak.
“Seratus jer”
“Esok ibu cuba pinjam daripada majikan ibu” Ibuku cuba menghalangku daripada melenting.
“Esok jangan tak bagi pulak! ”
“Ibu janji nak”. Ibuku menjawab dengan kilauan kaca mata yang dihiasi dengan limpahan air daripada kelopak matanya.
Pada malam keesokkan harinya, Joe membunyikan hon di depan rumahku menandakan yang dirinya sedang menungguku diluar halaman rumahku. Ibuku yang sedang batuk-batuk di dapur ku anggap batuknya sebagai tanda yang dia membenarkanku keluar. Aku terus menghampiri Joe dan terus menggunakan topi keledar yang dibagi olehnya kepadaku dengan tangan kanan yang berurat timbul dan isi yang keras. Aku terus mendepakan tanganku kerana terlampau seronok. Apabila tiba ke pusat hiburan aku dan Joe menunggu di motosikalnya kerana Joe mahu membuang air kecil. Tanpa kesedari, Joe dengan bersahaja membuka zip seluarnya di sebelahku dan terus membuang air kecil. Aku cuba menunjukkan diriku seakan-akan tidak menyedari apa yang dibuat oleh Joe. Selepas itu, aku dan Joe terus melulu masuk ke Pub yang diberi nama Buluh Perindu.
“Bacardy coke satu boss!” Joe menempah minuman untuknya.
“Roziah nak apa?”
“Sama dengan awak”. Aku yang tidak tahu minuman apakah itu ingin cuba merasakan air itu dan aku merasa senang kerana Joe tersenyum kepadaku.
Inilah kali pertamaku merasakan air yang terlalu pahit untuk ditelan. Aku mendiamkan diriku. Ketika aku sedang meneguk air itu, aku melihat Joe sedang mencampurkan serbuk yang berwarna putih ke dalam minumannya.
“Apa tu?” Aku bertanya dengan semangat yang ingin tahu.
“Perasa untuk menyedapkan minuman, nak ke? Joe menjawab dengan senyumannya.
“Boleh jugak” Aku menjawab dan menghulurkan minumanku kepadanya.
Setelah dua atau tiga kali aku mengeguk air itu, aku merasakan yang aku sedang berada terikat di tengah-tengah daun kipas yang sedang berpusing dengan laju sekali. Mataku seperti dihempap besi yang seberat lima kilogram. Aku terus tidak sedarkan diri. Entah mengapa badanku yang dilengkapi dengan baju yang baru aku beli sudah tidak ada seurat benang pun. Aku merasakan badanku lemah dan sakit-sakit. Aku melihat Joe sedang tidur disebelahku sambil tanggannya memeluk perutku. Aku menangis kerana Joe telah menodaiku. Tetapi pujukkan Joe telah berjaya meredakan kemarahan dan kesedihanku. Aku terus tidak memperdulikan apa yang Joe telah buat kepadaku dan menggapai tisu yang berada di dalam kocek bajuku untuk mengelap darah kesucianku yang melekat di bahagian pahaku.
Joe menghadiahkan serbuk yang dia beri kepadaku semalam dengan senyuman dan aku terus mengambilnya dan memasukkan serbuk itu ke dalam mineral water yang terdapat di dalam bilik Joe. Aku terus meminumnya bersama Joe dan kali ini aku merasakan yang dunia aku yang punya tidak seperti semalam kepalaku sungguh pening. Aku merasa seronok merempuh zaman baruku iaitu zaman ilusi dan khayalan. Namun begitu, tidak semua barang di dunia ini percuma. Joe menawarkan dirinya sebagai ejen kepadaku untuk membekalkan serbuk itu. Yang mengejutkanku, harga serbuk itu tidak seperti harga serbuk ice-pop yang dijual oleh orang Indonesia yang terdapat di Serikin Sarawak. Harganya sekitar RM 50 hingga RM 100. Entah mengapa, jika aku tidak memakan serbuk putih yang berasa pahit itu badanku mengiggil bagaikan berada di Kutub Utara atau Kutub Selatan yang diselaputi oleh ais. Joe menasihatkanku, untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, aku harus memakan serbuk itu dan dia terus menghulurkan serbuk itu kepadaku. Aku menerima tetapi bayarannya kemudian dan aku menawarkan tubuhku sebagai bayarannya. Tetapi Joe menganggap tubuhku tidak berharga kerana beliau sudah jemu menikmati tubuhku. Aku tidak tahu apa yang patut aku buat, kerana aku memerlukan serbuk itu.
Lama betul aku tidak balik ke rumah sejak aku bermalam di rumah Joe. Ketika kaki pertamaku melangkah pada anak tangga pertama, ucapan salam berbetuk batuk kering dari arah belakangku mengiringi langkah kakiku sehingga aku terbaring dikatil aku dan ibuku. Badanku mula mengiggil dan mencari serbuk yang menjadi kekuatan kepadaku. Ibuku yang berterendak dan menggunakan kain batik yang dibasahi peluh terus menghampiriku dan memelukku. Fikiranku hanya pada serbuk itu, ibuku bukannya dapat menolong. Itu saja yang aku fikirkan.
“Duit!” Aku meminta dengan sungguh kurang ajar pada ibuku.
Aku terus menyelongkar laci ibuku dan mengambil semua duit yang terdapat didalamnya. Ibuku jatuh tersungkur kerana ditolak olehku hinggakan kepalanya terhantuk dinding kayu yang keras buatan kayu meranti. Cecair merah terus mengalir bercampur air mata dan membasahi pipi dan baju yang dibasahi keringat ketika menoreh getah. Ibuku terus mengelap darah dan air matanya menggunakan kain batik yang dipakai olehnya. Manakala aku berlari ke rumah Joe untuk membeli serbuk itu. Selepas itu aku balik ke rumah dengan jalan yang terhuyung- hayang dan terjatuh ditangga rumahku. Ibuku mendapatkanku dan menyapahku dengan darah yang masih mengalir di kepalanya. Mengapa aku masih lagi kurang ajar ketika aku sedar bajuku terdapat lumuran darah ibuku. Aku marah kepadanya. Bodoh betul aku ni. Itu saja yang aku fikirkan.
Tanpa ku sedari, kepalaku juga dipenuhi corak berwarna merah yang seakan-akan corak yang dihasilkan dengan teknik tiupan ketika aku belajar matapelajaran pendidikan seni visual sewaktu tingkatan satu dahulu. Aku sikit pun tidak merasa sakit ketika aku menghantukkan kepalaku pada pagar besi penjara tempat aku menunggu untuk dihukum. Aku sangat menyesal ya Tuhan! Aku menangis sekuat-kuatnya dan aku tidak mengiraukan larangan warden penjara yang mengarahkanku untuk berhenti daripada meneriak. Ibu, maafkan Roziah. Roziah rela ibu yang memancung kepalaku dengan pedang arwah papa. Maafkan Roziah ibu. Roziah terus menyesali perbuatannya sambil menghantukkan kepalanya pada pagar besi penjara dengan kedua-dua tangan yang tidak lepas-lepas menggenggam besi pagar penjara.
Warden penjara yang bertugas cuba menenangkanku dan menghulurkan kain untuk mengelap darah yang mengalir di kepalaku. Aku masih menangis dan memanggil ibuku yang sudah seminggu menjadi penghuni di alam barzakh. Tiket ke alam barzakh itu, aku sendiri yang hadiahkan dengan serpihan cermin kaca yang menusuk di perut ibuku. Aku yang menempahnya sejak aku berkenalan dengan Joe. Aku sendiri yang mengambilnya ketika aku bergelut dengan ibuku sewaktu ibuku menghalang aku daripada mengambil duitnya yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutangnya selama ini. Aku sendiri yang membayarnya ketika kepala ibuku terhantuk cermin di meja solek bilik ibuku itu dan juga bilik aku semasa kami sedang bergelut. Mengapa aku bodoh sangat? Ya Allah kenapalah aku tidak dilahirkan di kalangan anjing-anjing yang berkeliaran. Kenapalah aku tidak dilahirkan sebagai getah yang menjadi torehan ibuku, sekurang-kurangnya aku dapat berjasa kepadanya dengan susu getah.
Ya Allah, sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah, maafkanlah dosa-dosa ibuku dan serahkanlah dosa-dosanya kepada aku. Biar aku yang menjadi arang kepada api neraka Mu. Biar aku yang menerima siksaan Mu. Ibuku puas tersiksa disebabkan aku. Ya Allah, jika terdapat cara lain untuk aku menebus dosaku aku sanggup buat walau aku mati sekalipun. Janganlah ibuku yang menanggung dosa kerana kurang memberi didikan kepadaku kerana aku yang tidak pernah memperdulikannya.
Ketika aku sedang menghambakan diri kepada Tuhanku, tiba-tiba datang seorang warden penjara dan menyentuh bahuku. Beliau mengucapkan selamat tinggal awal-awal kepadaku kerana tempoh hukumanku akan diawalkan dan akan dilaksanakan pada jam 12 tengah malam ini. Aku terus membisu bercampur perasaan takut yang teramat sangat. Sudah dua hari aku tidak melihat matahari, sudah seminggu aku tidak meratapi wajah arwah ibuku, sudah dua puluh tahun aku tidak meratapi wajah arwah papaku walaupun ketika itu aku berumur lima tahun, sudah sebulan setengah aku tidak melihat kelibat wajah Joe dan kini kesemua wajah-wajah itu akan mengiringiku ke dalam api neraka. Aku berharap agar taubat yang aku lakukan pada sisa-sisa umurku akan diterima dan mengurangkan hukuman yang bakal aku rempuhi pada zaman yang akan mendatang kelak.
Kini hanya tinggal tiga jam saja lagi sebelum aku berada di tali gantung. Aku menangis dan bertaubat nasuha atas dosa-dosa yang dilakukan olehku terhadap ibuku. Apa yang patut aku buat dalam masa tiga jam ini? Itu saja yang aku fikirkan. Aku cuba menenangkan diriku dan memanggil warden penjara dan menasihatkannya supaya tidak melayan sangat permintaan anaknya. Air mataku terus mengalir ketika aku menceritakan dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadap ibuku. Aku melihat warden penjara yang bertugas itu turut mengalirkan air matanya. Aku terus memeluk warden penjara itu dan aku pertama kali mengaku di depannya yang aku amat takut untuk menjalankan hukuman yang akan aku jalani tiga jam yang akan datang. Aku memeluknya dengan sungguh erat dan memintanya menemaniku ke tali gantung. Degupan jantungku bagaikan rentak yang pernah aku dengar semasa aku sedang berhibur di pub yang diberi nama Buluh Perindu semasa aku bersama Joe dahulu.
Sejam berlalu dan kini hanya tinggal dua jam. Aku terus bertasbih dan tidak henti-henti menyebut nama Allah. Dalam sedang kusyuk bertasbih kepada Allah, tiba-tiba fikiranku mengimbau kembali ketika aku memarahi ibuku sewaktu aku terpijak darah yang sering aku pijak. Adakah itu darah ibuku? Darah yang berpenyakit. Mengapa ibuku sering batuk-batuk? Mengapa aku sungguh bodoh tidak menyedari yang ibuku sakit malah dimarahi apabila dia batuk. Sekali lagi aku merasakan dosaku agak sukar untuk diampuni. Tetapi aku yakin Allah maha pengampun, itu saja yang dapat mejadi penenang kepada diriku. Adakah ibuku merasa pedih ketika kepalanya terhantuk dengan luka yang bercampur peluh? Adakah ibuku merasa pening seperti aku ketika aku berjalan terhuyung-hayang akibat berkhayal? Adakah ibuku merasa sakit seperti aku yang terjatuh di tangga akibat bekhayal apabila dia terjatuh ketika sedang memikul sebaldi susu getah dan menyirami kepalanya?
Aku ketandusan idea bagaimana nak menebus dosaku dalam beberapa minit saja lagi masa untuk aku menjalani hukuman. Aku hanya dapat bertasbih dan berdoa semoga dosa ibu dan papaku diampuni disamping dosa-dosa besar aku. Aku terus mengambil air sembahyang sebelum lima belas minit saja lagi aku akan menjalani hukuman gantung sampai mati. Aku mengambil kitab suci Al-Quran dan memeluknya ketika sedang menuju ke destinasi hukuman. Aku yang ditemani warden penjara yang sentiasa menemaniku dan memberi kata peransangku menasihatinya supaya menjaga anak-anaknya dengan baik dan menasihati kawan-kawannya supaya menjaga anak mereka dengan baik juga.
Mataku tepat melihat seutas tali yang diikat dengan ikatan jenis simpulan yang telah banyak mencekik ramai kepala-kepala orang yang bersalah. Di depanku terdapat pegawai-pegawai penjara dan polis-polis yang sedang menunggu ketibaanku. Sungguh seram suasana di dalam bilik hitam ini. Aku hanya dapat menangis dan cuba meminta belas kasihan pegawai-pegawai atasan yang hadir.Namun mereka tidak menghiraukanku dan menganggap aku hanya bersandiwara. Warden penjara yang menemaniku diarahkan untuk balik tetapi aku membuat permintaan terakhir supaya dia berada disampingku sehingga kepalaku berpisah dengan badanku. Permintaanku diterima dan aku hanya dapat berucap dua kalimah syahadah. Ketika salah seorang pelaksana yang ingin menyarungkanku topeng, aku memberikan senyuman terakhir kepada warden penjara yang sentiasa menemaniku itu dan mengucapkan selamat tinggal sambil limpahan air mata yang boleh menyebabkan seekor semut mati kelemasan jika berada di dalam kelopak mataku. Al-Quran yang ku peluk aku serahkan kepada warden penjara itu dan menyuruhnya membacanya jika aku sudah tiada.
Kini, aku telah disarungi dengan topeng yang legap dan aku hanya dapat melihat bayangan hitam yang muncul di depan mataku. Mungkin beginilah rasanya berada di dalam kubur? Aku diarahkan untuk naik dua anak tangga dan leherku terasa satu lilitan tali yang mengelilinginya. Aku diarahkan untuk bertenang. Ketika itu, keadaan menjadi sunyi dalam beberapa minit. Satu bunyi pun tidak kedengaran dan aku pasti jika salah seorang yang melepaskan kentutnya pasti dapat membingitkan kepala kami yang berada di dalam bilik itu. Aku merasa amat tenang dan merasa tiada hukuman yang aku akan jalani. Selepas beberapa minit, aku dikejutkan dengan bunyi satu tendangan yang menendang satu objek keras yang berhampiran denganku. Tiba-tiba aku merasa teramat sakit disebabkan jerutan tali gantung yang mencekik leherku. Satu patah perkataan pun tidak dapat aku ujarkan melainkan menyebut nama Allah di dalam hati. Sehingga aku meninggalkan dunia untuk selamanya.Selamat tinggal duniaku.
“ Percayalah, air dicincang tidak akan putus melainkannya kita beria-ia untuk memutuskannya. Tidak ada sesiapa di dunia ini melainkan ibumu dan selain Muhammad nabi junjungan kita yang teramat mulia menjadi inspirasi dan aspirasi kepada kita dan dunia ini .” Jadilah seorang insan yang mulia selepas nabi, ibu dan bapamu……………….Sekian saja.
Hasil Karya :
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬___________________________
Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip
(Anak lelaki yang kedua Sh Hajijah)
PPISMP BM/PJ/KS IPBL
Dicatat oleh L!h!n Blog di Ahad, November 08, 2009 0 ulasan
pbb big siri 3
Pekak Buta Bisu
Hasil Karya : Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip
Pada saat dua insan bergaduh, maka lalulah seorang perempuan cina yang buta. Beliau dikenali sebagai “Cin Na Bu Ta”. Dua insan yang bergaduh tersebut saling benci membenci. Bak kata si lelaki itu jika di beri pilihan kahwin dengan mati. Beliau sanggup memilih mati. Begitu juga dengan perempuan itu. Walau tiada orang lain sekali pun dia sanggup memilih untuk mati daripada memilih perempuan itu sebagai isteri. Nama si lelaki itu ialah “PUNOK”. Ibu si lelaki itu dulu mengalami masalah kurang pendengaran, beliau mendengar orang memanggil pinokio ialah Punok. Akibat terlalu minat cerita itu, tanpa segan silu ibu lelaki itu membubuh nama anaknya Punok walaupun nama Pinokio sebenarnya yang beliau inginkan.
Manakala nama perempuan itu ialah Sneik. Ibu perempuan itu pun mengalami masalah pendengaran juga. Seniah yang suami beliau inginkan tapi beliau mendengar Sneik. Alahaiiiiiiiiii……….sudah besar inilah kisah Si Punok dan Si Sneik.
Punok :
Kalau di beri pilihan kawin dengan kau dan kawin dengan buaya, aku akan kawin dengan buaya.
Sneik :
Eleh, aku lebih rela kawin dengan harimau daripada kau.
Punok :
Dahlah bau ikan, kurap pulak tu.
Sneik :
At least aku tak da panau kat pinggul.
Punok :
Macam na kau tau?
Sneik :
Sebab kau bau pekasam.
Punok :
Ibuh nak bulak ko.
Sneik :
Sik cayak tanyak miak ya.
Dalam pertengkaran itu, maka datanglah si Cin Na Buta.
Punok :
Oi! Cinna Buta ko ada bau pekasam ka.
Cinna Buta :
Tak da pun.
Punok :
Sah ko bulak. Hidung ko ya bau pekasam. Makan pekasam. Madah perempuan kelas A. Tapi makan pekasam. Kasam apa di makan ko tek. Kasam snek ka? Sesuailah dengan nama ko ya. Sneik.
Sneik :
(Terus menangis)Kelak aku madah dengan mak aku. Ko madah aku macam ya.
Maka selepas itu Sneik dan Punok pun berlari. Sneik mengejar Punok dengan kayu. Sneik mahu membunuh Punok.
Kelihatan di pentas si pekak lalu. Si pekak terus menggapai bahu Si Pekak dan bercakap tentang Punok dan Sneik.
Cinna Buta :
Tadi, aku nampak Punok dengan Sneik gaduh oooo. Sneik menangis. Punok memujuk dia. Selepas itu mereka bergurau. Sneik mengejar Punok dengan membawa kayu. Romantik betul…………ko faham kan?
Si Pekak :
Ya Aku faham.
Cinna Buta pun beredar. Si Pekak terjumpa si bisu yang sedang tergesa-gesa untuk belajar menyanyi.
Si Pekak :
Oi………….. Bisu…..Lupak aku tek, ko sik faham kan?
Si Bisu :
%^%^$&*^(*&&&^%%#$#$ (Bahasa Isyarat)
Si Pekak :
^%%$@%^&*((*^^%#$$%^^*)()(*&^%^&*()*&^%$#@@@#$%^&*&^%^&***%^&*((%$%^&*(((*&%%#$#@#$%^%^%^&(&)(*)(*)(*%$%#$#$#$#%$ (Bahasa Isyarat)
Inilah yang Si BIsu Faham
Si Bisu :
Kelihatan macam berfikir. Tangan di dagu sambil mendongak ke atas. (Pencerita pun bercakap apa yang difahami Si Bisu)
Doris & Tung Yee :
OOOOO…..rupa-rupanya mereka buak maksiat ooooo itu salah….
Si Bisu
$#%^&*(*)(*(&*^^%$%)_)(*&^%$%#%^**&^%$@#$@Q#$#^%^&*()(_)$%(Bahasa Isyarat)
Selepas itu maka lalulah ustaz dan ustazah.
Si Bisu :
(Menggapai bahu ustaz) *&^%$#$%**)&^$#@#$%^&*(()(*&&^%%$%$%&*&**(**(&$#@#$%*
Doris & Tung Yee :
Ustaz…..mereka buat perkara tidak baik. Kita tidak boleh biarkan.
Ustaz :
Astaghfirullahal’azim
Ustazah :
Ya kenapa?
Ustaz :
Dia kata kat ana ada orang buat maksiat
Ustazah :
Tidak boleh jadi ini. Ana paling benci perkara maksiat. Enta jangan biarkan. Nanti kita akan berdosa kerana bersubahat.
Ustaz :
Baik kita kahwinkan mereka.
Ustazah :
Mari kita cari mereka di sana.
Punok & Sneik :
(Sedang tarik telinga masing-masing)
Ustazah :
Memang sah!
Ustaz :
Anda ditangkap basah kerana bersentuhan bukan sesama muhrim.
Ustazah :
Saya paling benci! Aku benci-benci pada dirimu.
Ustaz :
Aku juga. Aku benci-benci pada dirimu.
Punok & Sneik :
(Muka blurr…….)
Punok :
Kita akan kahwin ka?
Sneik :
Ya ka? Habislah kita.
Punok :
Apa maksud kau?
Sneik :
Aku tak nak………………….(Sambil menangis)
Pencerita :
Gik rasa kitak orang…..Har…..Har….Har ……….Bak kata orang, jodoh tak kemana. Sekian Saja……………………...... Untuk itu saya menjemput pelakon-pelakon PBB.
Memegang watak Punok……….Affendi
Sneik…………….Christy
Buta………….Agnes
Pekak……………Zahratul
Bisu………………David
Ustaz…………………..Syed Mohd Solehin
Ustazah …………………Melaya
Suara Latar…………………..Doris & Tang Tu Yee
Pencerita…………………….Saya sendiri (Zalaika)
Kami dari kumpulan I’m Possible mengucapkan Selamat berbahagia………….. Sekian Terima Kasih
Har………………….Har…………………………..Har……………………………
Dicatat oleh L!h!n Blog di Ahad, November 08, 2009 0 ulasan


