Ahad, 19 Julai 2009
Kita Hanya Naib Johan
Dicatat oleh L!h!n Blog di Ahad, Julai 19, 2009 0 ulasan
Sabtu, 4 Julai 2009
Mesra Bersama



4 Julai 2009 (Birthday Mamaku rupanya)
Hari ini aku merasakan terlalu bahagia di samping Annur Alisa.....Kekasihku yang sentiasa memberi sokongan padu kepadaku...
Aku keluar dengan dia pada hari ini....memang bahagia rasanya...hujan bersama....di bawah sekaki payung....
Memang bahagia sekali...tapi secara tiba-tiba aku merasa serba salah bahawa aku tidak membeli sebarang apa untuk hadiah birthday mamaku....aku kesempitan wang sekarang....alahai.....aku dengan roomate aku dah mula berbaik sekarang....Alhamdulillah.....Annur Alisa...Aku sayang sangat kat kau......Aku harap kaulah isteriku nanti.....aku tidak kisah apa yang orang lain kata....tapi satu lagi problem aku.....Aku takut keluarga aku atau keluarga dia tak dapat menerima aku atau dia.....Biasalah tu sapa tak sayang anak.....aku tau itu semua.....Tapi aku tetap sayang pada Annur Alisa Binti Mohamed Ilias....Sayang sangat-sangat.......
Dicatat oleh L!h!n Blog di Sabtu, Julai 04, 2009 0 ulasan
Khamis, 2 Julai 2009
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Soalan 1 a
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif, kerana ia tidak dapat dipupuk tetapi jelas berlaku.
Berikan 3 sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif ?
Jawapan
o Tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal.
o Perkembangan terus menerus berlaku dari awal hingga akhir hayat sesuatu organism.
o Perkembangan terhasil daripada hubung kait antaraperkembangan jasmani dan pembelajaran.
Soalan 1 b
Cikgu Tan seoarang guru yang ditugaskan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah rendah. Apakah 3 perkara yang cikgu Tan perlu mengambil kira semasa merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi perkembangan fizikal.
Jawapan
o Aktiviti mengikut kehendak pelajar.
o Mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pelajar.
o Aktiviti hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.
Soalan 1 c
Nyatakan 2 sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaltii murid ?
Jawapan
o Memudahkan guru merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada jenis-jenis personaliti seseorang murid.
o Memudahkan guru-guru melayani murid-murid dengan cara yang betul mengikut personaliti pelajar.
Soalan 2 a
Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka supaya boleh berinteraksi dengan pelajar berkenaan?
Jawapan
o Merapatkan diri dengan mereka.
o Tidak menyindir mereka di dalam kelas.
o Mengajar mereka jika mereka tidak faham.
o Memberi keutamaan kepada mereka terlebih dahulu.
o Bermain dengan mereka jika mereka mengantuk.
Soalan 2 b
Sebagai seorang kanak pintar cerdas kemukakan 5 cadangan bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif pembelajaran.
Jawapan
o Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid-murid.
o Menerima murid-murid sebagai dirinya (menyayangi murd-murid).
o Menggalakkan murid-murid berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
o Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.
o Memeberikan peluang kepada murid-murid memainkan peranan yang penting.
Bahagian c
Teori sosial emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethologi (Theory of attachment)
a) Nyatakan 3 aspek dalam teori perapatan?
Jawapan
a. Kasih sayang
b. Tingkahlaku manusia dan binatang adalah dalam keadaan semulajadi.
c. Hubungan perapatan yang kuat semasa kecil member kesan sepanjang kehidupan individu.
b) Cadangkan 3 cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan dengan pelajar berdasarkan Teori perapatan?
Jawapan
a. Guru hendaklah menyayangi murid-murid seperti anak sendiri.
b. Memberikan nilai kasih saying ke dalam diri murid-murid.
c. Menyelami perasaan yang di tanggung oleh murid-murid.
Soalan 1 a
Dari perspektif Islam Al Ghazali, nyatakan 2 unsur berkaitan dengan keperluan manusia?
Jawapan
o Roh mengawal semua aktiviti jasad manusia.
o Unsur-unsur keperluan manusia ialah kerohanian, ilmu, adab, kuasa dan jasmani.
Soalan 1 b
Nyatakan 3 cara bagaimana seorang guru dapat membantu semasa proses pertumbuhan dan perkembangan sosial muridnya?
o Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk murid-murid.
o Guru haruslah menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks.
o Guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logic dan analitik.
Soalan 2 a
Murid-murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh di ajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Nyatakan 5 kategori masalah pembelajaran?
Jawapan
o Disleksia-kesukaran fonoligikal
o Epilepsi-Sawan
o Autisma-Berada dalam dunia khayal
o Pintar cerdas-Terlalu banyak kelebihan berbanding pelajar lain.
o Hiperakitf-Tidak boleh duduk diam.
o Hipoaktif-Fobia kepada dunia luar.
Soalan 2 b
Nyatakan 5 perwatakan fizikal kanak-kanak down syndrom?
Jawapan
• Tubuh yang pendek.
• Lidah terjelir.
• Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
• Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
• Pertumbuhan yang lambat.
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
Ilang

Muka saya setelah di mekap oleh Saudari Annur Alisa. Sama atau tidak dengan gambar yang berada di bawah?
Ilang Arahan En Abg Saifuddin dan Hasil Karangan beliau sendiri.
Tuai Rumah Dunggau....Itulah watak aku dalam teater ini....
Watak Utama....
Watak Orang tua....
Dapatkah aku membawa watak ini?????
Aku cuba....
Demi Allah, Aku sendiri, Annur Alisa dan IPGM Kampus Batu Lintang dan juga untuk Rakan-rakanku....
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
Tangisan Dalam Keikhlasan Hasil Nukilan : Annur Alisa Mohamed Ilias
Tangisan Dalam Keikhlasan
Hasil Nukilan : Annur Alisa Mohamed Ilias
Berkilaunya berlian
Bak titisan air mata
Yang mengalir dari insan biasa
Yang tiada beza
Dicurahkan seluruh ilmu
Dengan hati ikhlas
Tanpa mengharapkan balasan
Tanpa mengharapkan belas kasihan
Terbit fajar
Dia dengan rela, dengan penuh setia
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Malam menjelma
Tubuhnya mulai lelah, matanya mulai lesu
Tapi semangatnya masih membara
Merah menyala
Bahangnya bertambah hangat
Mata penanya masih pantas
Meluncuri setiap baris ayat
Tiada putus asa
Dalam doanya
Mengalir titisan
Yang mengandungi sejuta keikhlasan.
Telah Dideklamasi oleh Syed Mohd Solehin Semasa Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Batu Lintang 2009 Pada29 Mei 2009
Dedikasi Untuk Semua Guru Syed Mohd Solehin Dan Annur Alisa
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
YANG BERKUASA MENGGANTUNG, YANG DICERCA TERGANTUNG
YANG BERKUASA MENGGANTUNG, YANG DICERCA TERGANTUNG
Ilham yang tiba-tiba datang : Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip
Cukup!
Jangan kau berpaling
Setelah kau membaling
Terus melenting
Tanpa memikirkan perasaan orang yang sentiasa membanting
Mencari sesuatu yang terpenting
Dalam mengharungi kehidupan yang tidak beranting…..
Janganlah dipersendakan
Usaha keras untuk menuju keamanan
Malah,
Bantulah sedaya upaya dengan hati yang hanya mengandungi angin
Ringan seperti terapung di indera kayangan
Biarpun sekecil kuman
Tetapi
Bernilai seperti berlian….
Ayuh!
Tempatkan roh kita di tempat mereka
Bersama-samalah kita selami
Keperitan yang dialami
Seperti kain yang tengah di sulami
Terkena cucukan jarum besi
Demi kecantikan abadi
Adakah takdir dalang semua ini?
Kita asyik berdiri dalam keadaan senget
Tidak dalam keadaan yang rata
Apatah lagi dalam keadaan yang selesa
Yang berkuasa menggantug
Yang dicerca tergantung
Punyai perasaan
Punyai jiwa
Mahupun nurani
Segarkan dirimu dengan hati insani.
Sekian terima kasih…..
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
Mengapa Harus AKu Yang Memahami Orang Terlebih Dahulu
Mengapa Harus AKu Yang Memahami Orang Terlebih Dahulu
Adakah kerna sikapku?
Bukankah itu memang anugerah yang diberikan kepadaku
Jika di belah dadaku,
Jika di pecahkan kepalaku,
Jika ditembusi saluran darahku,
Lihatlah seluas-luas matamu,
Hanya coretan ikhlas
Yang akan kelihatan
Mengapa setiap kali kakiku melangkah,
Ada saja bunyi seperti cengkerik di waktu malam
Berbisik di telingaku
Seolah-olah mengejekku
Adakah ini mainan perasaanku
Tapi aku pun cuba mengelak daripada berfikir sepeti itu,
Dan satu lagi,
Mengapa aku saja yang perlu memahami mereka,
Mestikah aku memahami mereka dahulu sebelum mereka memahami aku,
Atau jika aku memahami mereka,
Mereka akan memahami aku,
Janggal bunyinya tapi mungkin itu kenyataan
Lebih dari satu melawan aku yang Satu
Jangan macam itu,
Dunia ini bukan untuk kamu
Kita sama ada hak
Hak yang ditentukan
Jika ditanya dan di seru untuk menjawab dengan ikhlas
Ingin benar aku mereka berada ditempatku
Menangis ketika orang semua sudah tidur pada waktu malam
Ketawa pun terpaksa di sekat
Setiap kali ketawa
Secara tiba-tiba muncul yang aku akan merasakan sedih kembali
Sesak nafas dibuatnya
Sentiasa mencari teman yang sekepala
Mencari orang yang dapat mendengar setiap cebisan isi hatiku
Mengapa aku coretkan
Mestilah aku tiada orang tempat mengadu
Ibu bapaku mungkin memahami
Tapi aku tidak pandai mengadu dengan mereka
Memang itu aku,
Keseorangan
Kesepian
Sentiasa mencari kebenaran
Sentiasa sebak
Sentiasa merasa tidak puas hati
Sentiasa ingin didampingi
Sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain
Dan juga sentiasa cuba menggembirakan hati diri
Aku keliru
Aku bersedih
Aku menangis
Aku inginkan kegembiraan yang aku kecapi dulu
Aku mengadu dengan siapa
Aku tak layak untuk diberi perjhatian
Adakah itu aku
Aku cuba kuatkan semangat
Janganlah ada orang yang dengki
Aku inginkan sokongan
Aku inginkan kebahagiaan
Aku inginkan semua yang boleh membuatkan hati tenang
BerSABARLAH
Insya Allah ada hikmah di sebaliknya
Hanya Allah saja yang dapat kuharapkan
Disamping orang yang sentiasa dekat padaku.
Sekian…………………………………….(Coretan dari hati dan otakku)
Menagislah jika masih ada air mata………………………………
Ahad (10:18 pm) 28 Jun 2009
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 2 ulasan
2 JULY 2009

Blog ini dibuat khas untuk semua yang pandai membaca dan mempunyai perasaan.
Mula beroperasi pada jam 6:00 Petang waktu Malaysia. (2 Julai 2009 : Khamis)
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan



