Soalan 1 a
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif, kerana ia tidak dapat dipupuk tetapi jelas berlaku.
Berikan 3 sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif ?
Jawapan
o Tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal.
o Perkembangan terus menerus berlaku dari awal hingga akhir hayat sesuatu organism.
o Perkembangan terhasil daripada hubung kait antaraperkembangan jasmani dan pembelajaran.
Soalan 1 b
Cikgu Tan seoarang guru yang ditugaskan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah rendah. Apakah 3 perkara yang cikgu Tan perlu mengambil kira semasa merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi perkembangan fizikal.
Jawapan
o Aktiviti mengikut kehendak pelajar.
o Mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pelajar.
o Aktiviti hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.
Soalan 1 c
Nyatakan 2 sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaltii murid ?
Jawapan
o Memudahkan guru merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada jenis-jenis personaliti seseorang murid.
o Memudahkan guru-guru melayani murid-murid dengan cara yang betul mengikut personaliti pelajar.
Soalan 2 a
Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka supaya boleh berinteraksi dengan pelajar berkenaan?
Jawapan
o Merapatkan diri dengan mereka.
o Tidak menyindir mereka di dalam kelas.
o Mengajar mereka jika mereka tidak faham.
o Memberi keutamaan kepada mereka terlebih dahulu.
o Bermain dengan mereka jika mereka mengantuk.
Soalan 2 b
Sebagai seorang kanak pintar cerdas kemukakan 5 cadangan bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif pembelajaran.
Jawapan
o Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid-murid.
o Menerima murid-murid sebagai dirinya (menyayangi murd-murid).
o Menggalakkan murid-murid berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
o Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.
o Memeberikan peluang kepada murid-murid memainkan peranan yang penting.
Bahagian c
Teori sosial emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethologi (Theory of attachment)
a) Nyatakan 3 aspek dalam teori perapatan?
Jawapan
a. Kasih sayang
b. Tingkahlaku manusia dan binatang adalah dalam keadaan semulajadi.
c. Hubungan perapatan yang kuat semasa kecil member kesan sepanjang kehidupan individu.
b) Cadangkan 3 cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan dengan pelajar berdasarkan Teori perapatan?
Jawapan
a. Guru hendaklah menyayangi murid-murid seperti anak sendiri.
b. Memberikan nilai kasih saying ke dalam diri murid-murid.
c. Menyelami perasaan yang di tanggung oleh murid-murid.
Soalan 1 a
Dari perspektif Islam Al Ghazali, nyatakan 2 unsur berkaitan dengan keperluan manusia?
Jawapan
o Roh mengawal semua aktiviti jasad manusia.
o Unsur-unsur keperluan manusia ialah kerohanian, ilmu, adab, kuasa dan jasmani.
Soalan 1 b
Nyatakan 3 cara bagaimana seorang guru dapat membantu semasa proses pertumbuhan dan perkembangan sosial muridnya?
o Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk murid-murid.
o Guru haruslah menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks.
o Guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logic dan analitik.
Soalan 2 a
Murid-murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh di ajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Nyatakan 5 kategori masalah pembelajaran?
Jawapan
o Disleksia-kesukaran fonoligikal
o Epilepsi-Sawan
o Autisma-Berada dalam dunia khayal
o Pintar cerdas-Terlalu banyak kelebihan berbanding pelajar lain.
o Hiperakitf-Tidak boleh duduk diam.
o Hipoaktif-Fobia kepada dunia luar.
Soalan 2 b
Nyatakan 5 perwatakan fizikal kanak-kanak down syndrom?
Jawapan
• Tubuh yang pendek.
• Lidah terjelir.
• Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
• Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
• Pertumbuhan yang lambat.
Khamis, 2 Julai 2009
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan