BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Khamis, 2 Julai 2009

Mengapa Harus AKu Yang Memahami Orang Terlebih Dahulu

Mengapa Harus AKu Yang Memahami Orang Terlebih Dahulu

Adakah kerna sikapku?

Bukankah itu memang anugerah yang diberikan kepadaku

Jika di belah dadaku,

Jika di pecahkan kepalaku,

Jika ditembusi saluran darahku,

Lihatlah seluas-luas matamu,

Hanya coretan ikhlas

Yang akan kelihatan

Mengapa setiap kali kakiku melangkah,

Ada saja bunyi seperti cengkerik di waktu malam

Berbisik di telingaku

Seolah-olah mengejekku

Adakah ini mainan perasaanku

Tapi aku pun cuba mengelak daripada berfikir sepeti itu,

Dan satu lagi,

Mengapa aku saja yang perlu memahami mereka,

Mestikah aku memahami mereka dahulu sebelum mereka memahami aku,

Atau jika aku memahami mereka,

Mereka akan memahami aku,

Janggal bunyinya tapi mungkin itu kenyataan

Lebih dari satu melawan aku yang Satu

Jangan macam itu,

Dunia ini bukan untuk kamu

Kita sama ada hak

Hak yang ditentukan

Jika ditanya dan di seru untuk menjawab dengan ikhlas

Ingin benar aku mereka berada ditempatku

Menangis ketika orang semua sudah tidur pada waktu malam

Ketawa pun terpaksa di sekat

Setiap kali ketawa

Secara tiba-tiba muncul yang aku akan merasakan sedih kembali

Sesak nafas dibuatnya

Sentiasa mencari teman yang sekepala

Mencari orang yang dapat mendengar setiap cebisan isi hatiku

Mengapa aku coretkan

Mestilah aku tiada orang tempat mengadu

Ibu bapaku mungkin memahami

Tapi aku tidak pandai mengadu dengan mereka

Memang itu aku,

Keseorangan

Kesepian

Sentiasa mencari kebenaran

Sentiasa sebak

Sentiasa merasa tidak puas hati

Sentiasa ingin didampingi

Sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain

Dan juga sentiasa cuba menggembirakan hati diri

Aku keliru

Aku bersedih

Aku menangis

Aku inginkan kegembiraan yang aku kecapi dulu

Aku mengadu dengan siapa

Aku tak layak untuk diberi perjhatian

Adakah itu aku

Aku cuba kuatkan semangat

Janganlah ada orang yang dengki

Aku inginkan sokongan

Aku inginkan kebahagiaan

Aku inginkan semua yang boleh membuatkan hati tenang

BerSABARLAH

Insya Allah ada hikmah di sebaliknya

Hanya Allah saja yang dapat kuharapkan

Disamping orang yang sentiasa dekat padaku.

Sekian…………………………………….(Coretan dari hati dan otakku)

Menagislah jika masih ada air mata………………………………

Ahad (10:18 pm) 28 Jun 2009

2 ulasan:

L!h!n Blog berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
L!h!n Blog berkata...

KALAU ADA MASA LAWATLAH SELALU RUANGAN INI...
MUDAH SAJA, LIHAT, BACA, HAYATI DAN FAHAMI SERTA KAJI SEMULA....