Kita Ada Hak untuk Bersuara....
Kelab Karyawan atau lebih dikenali sebagai Kekar di IPGM Kampus Batu Lintang telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang dulu dikenali sebagai Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA).Kelab ini merupakan kelab di bawah naungan Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Batu Lintang. Pengerusi kelab ini ialah saya sendiri sejak tertubuhnya kelab ini sehingga sekarang iaitu Saudara Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip dari kelas PISMP BM. Saya dibantu oleh sahabat saya sendiri iaitu Saudara Awang Ruzaini.Setiausaha saya ialah Saudari Suhana Binti Udin. Banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuh sepanjang memegang Jawatankuasa induk kelab ini.Aktivit Bulan Bahasa Dan Sastera telah pun berlalu. Tapi kami ada lagi projek besar iaitu Teater Separa Muzikal Piala Ketua Menteri yang akan berlangsung pada 15 Julai 2009 di IPGM Kampus Tun Abdul Razak. Saya memegang watak pelakon utama manakala Awang dan Sue menjadi Pengurus artis. Ramai ahli Kekar yang menyertai teater ini. Diharapkan kami berjaya menggondol semua anugerah yang dipertandingkan.. Amin ya rabaalamin. Agi Idup Agi Ngelaban! Oooooooooooo Wai!Prasasti Ilmu Bermula Di Sini.
Catat Ulasan
0 ulasan:
Catat Ulasan