Tangisan Dalam Keikhlasan
Hasil Nukilan : Annur Alisa Mohamed Ilias
Berkilaunya berlian
Bak titisan air mata
Yang mengalir dari insan biasa
Yang tiada beza
Dicurahkan seluruh ilmu
Dengan hati ikhlas
Tanpa mengharapkan balasan
Tanpa mengharapkan belas kasihan
Terbit fajar
Dia dengan rela, dengan penuh setia
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Malam menjelma
Tubuhnya mulai lelah, matanya mulai lesu
Tapi semangatnya masih membara
Merah menyala
Bahangnya bertambah hangat
Mata penanya masih pantas
Meluncuri setiap baris ayat
Tiada putus asa
Dalam doanya
Mengalir titisan
Yang mengandungi sejuta keikhlasan.
Telah Dideklamasi oleh Syed Mohd Solehin Semasa Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Batu Lintang 2009 Pada29 Mei 2009
Dedikasi Untuk Semua Guru Syed Mohd Solehin Dan Annur Alisa
Khamis, 2 Julai 2009
Tangisan Dalam Keikhlasan Hasil Nukilan : Annur Alisa Mohamed Ilias
Dicatat oleh L!h!n Blog di Khamis, Julai 02, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan