BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Ahad, 8 November 2009

percayalah

Terimalah sebuah antologi cerpen pertama hasil rekaanku yang kutujukan khas kepada Keluargaku, pensyarah-pensyarah IPBL, Guru-guruku dan rakan-rakanku.
Kupersembahkan cerpen yang bertajuk
“Menunggu untuk ke tali gantung”

“Menurut undang-undang anda disabitkan kesalahan kerana membunuh dengan niat dan anda dihukum gantung sampai mati pada 29 Jun 2008. Buat sementara waktu anda akan dipenjarakan sementara menunggu giliran untuk menjalani hukuman”.
Dialog itu sedang bermain di kepala Roziah sewaktu dia dalam kesedihan dan menyesal teramat sangat sambil memegang pagar besi penjara. Tanpa disedari air mata membasahi pipinya dan dia sedar walau menangis air mata darah sekalipun hukuman yang dikenakan keatasnya akan dilaksanakan juga pada 29 Jun 2008 ini. Sekarang beliau hanya mempunyai 3 hari saja lagi untuk menerima hukuman. Tatkala Roziah dalam kesesalan, pagar besi penjara yang digenggamnya seakan-akan meronta-ronta kesakitan dan merayu untuk dilepaskan. Namun kesesalan yang menghantui Roziah tidak menghiraukan rayuan pagar besi penjara itu.
Bagaikan tayangan video ulangan apabila Roziah mengimbas kembali detik-detik beliau dan kilauan matanya seakan-akan kaca yang baru digilap yang semakin menyinar. Mengapa? Itu saja persoalan dalam fikiran Roziah. Aku bagaikan orang yang tiada panduan atau kiblat untuk diikuti dan dihadap. Mengapa? Aku pun keharainan megapa aku sungguh durjana? Aku yang diharapkan oleh keluarga, aku juga orang yang sungguh layak dijadikan musuh keluarga. Mungkin tiada ruang untuk aku menghidu keharuman syurga yang berada di telapak kaki ibuku. Aku sungguh bodoh dan sangat kejam. Ibuku melahirkanku, menyusukanku, mengajarku erti hidup. Mengapa aku membunuhnya? Ya Allah. Mengapa? Apakah aku ini jin atau iblis yang bertopengkan wajahku? Dimana letaknya sifat manusia yang suci dalam diriku. Aku merasa bersalah dan amat menyesal.
Masih segar diingatanku, ketika pertama kali aku belajar mengayuh basikal, ibuku sanggup terjatuh di dalam parit yang kotor dan berbau busuk apabila cuba menahan basikalku daripada terjatuh dalam parit. Aku ketika itu hanya ketawa sambil memegang perut. Ibuku hanya menghadiahkanku senyuman kerana berjaya menghiburkanku walaupun dalam keadaan yang memalukan. Aku mula dapat tersenyum setelah sebulan arwah papa meninggalkanku selamanya kerana dihempap sebatang pokok ketika sedang cuba untuk melarikan diri daripada terkena hempap. Namun begitu kaki papaku tersangkut pada akar pokok ara dan sejak detik itulah aku tidak menghadiahkan ibuku yang sentiasa memujukku dengan senyuman. Entah mengapa suatu hari itu aku menerima pelawaan ibuku yang cuba mengajarku mengayuh basikal. Sejak hari itu, hubungan aku dengan ibuku bertambah erat. Semua permintaanku dituruti saja oleh ibuku. Ibuku pernah sekali ditumpahi oleh susu getah ketika tergelincir daripada keadaan tanah yang becak di kebun getah orang kaya kampungku. Ibuku hanya mampu bekerja dengan orang kaya kampungku kerana kerja itulah yang saja layak untuknya. Pernah sekali aku melenting apabila ibuku terbatuk ketika aku sedang tidur dan batuknya telah mengejutkanku. Ibuku meminta maaf kepadaku tetapi aku masih menunjukkan kemarahanku dengan membaling bantal pelukku kepadanya. Ibuku terus keluar dari bilik dan aku pun tak tahu apakah yang dibuatnya?
Pada keesokkan harinya, aku bangun daripada tidur dan aku terpijak darah. Aku sekali lagi melenting pada ibuku kerana tidak mengelap darah itu. Aku sekalipun tidak pernah bertanya kepada ibuku darah apakah itu walaupun telah banyak kali aku terpijak darah yang sama warna dan baunya. Ibuku terus mengemop lantai dan mengelap kakiku dengan kain basah. Setelah selesai ibuku mengelap kakiku, aku terus menyepak kain basah itu ke dinding. Aku terus menghampiri meja dan membuka tudung saji. Aku bengang kerana hanya terdapat secawan teh kosong dan nasi goreng yang digoreng dengan bawang merah dan garam. Ibuku mendiamkan dirinya dan meneruskan kerja mengemop lantai yang ada darah kering sambil menahan dirinya daripada terbatuk. Aku terus melulu keluar tanpa mandi dan menggosok gigi dengan keadaan yang baru bangun tidur menggunakan seluar pendek paras atas lutut dan baju yang feet. Aku sedar sepanjang aku berjalan ke rumah kawanku, ramai mat-mat atau lelaki yang memandangku dengan mata yang terbeliak. Aku merasakan yang aku sangat popular pada ketika itu.
Keesokkan harinya aku mengulagi sikapku dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata pergi ke rumah kawan-kawanku. Pada kali ini, aku dihampiri oleh seorang lelaki yang bernama Joe dan beliau mengajakku berjalan menggunakan motosikal Honda EX5 nya. Aku terus menerima pelawaan itu dan Joe mengajakku ke satu tempat kerana beliau mahu merokok. Aku yang selama ini, tidak pernah menghidu bau asap rokok terpaksa menghidu bau asap rokok yang dikeluarkan oleh Joe daripada mulutnya. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Semenjak hari itu, Joe mula rapat denganku dan sering mengajakku keluar. Pada suatu ketika, Joe mengajakku untuk pergi ke pub atau Pusat Hiburan. Aku terus bersetuju tetapi menjadi masalah padaku, aku tiada baju yang cantik. Dalam hal ini, tiada cara lain untuk aku mencari duit melainkan meminta pada ibuku.
“Ibu, mintak duit!
“Berapa nak?” Ibuku membahasakan diriku anaknya sedangkan aku bukan seperti anak.
“Seratus jer”
“Esok ibu cuba pinjam daripada majikan ibu” Ibuku cuba menghalangku daripada melenting.
“Esok jangan tak bagi pulak! ”
“Ibu janji nak”. Ibuku menjawab dengan kilauan kaca mata yang dihiasi dengan limpahan air daripada kelopak matanya.
Pada malam keesokkan harinya, Joe membunyikan hon di depan rumahku menandakan yang dirinya sedang menungguku diluar halaman rumahku. Ibuku yang sedang batuk-batuk di dapur ku anggap batuknya sebagai tanda yang dia membenarkanku keluar. Aku terus menghampiri Joe dan terus menggunakan topi keledar yang dibagi olehnya kepadaku dengan tangan kanan yang berurat timbul dan isi yang keras. Aku terus mendepakan tanganku kerana terlampau seronok. Apabila tiba ke pusat hiburan aku dan Joe menunggu di motosikalnya kerana Joe mahu membuang air kecil. Tanpa kesedari, Joe dengan bersahaja membuka zip seluarnya di sebelahku dan terus membuang air kecil. Aku cuba menunjukkan diriku seakan-akan tidak menyedari apa yang dibuat oleh Joe. Selepas itu, aku dan Joe terus melulu masuk ke Pub yang diberi nama Buluh Perindu.
“Bacardy coke satu boss!” Joe menempah minuman untuknya.
“Roziah nak apa?”
“Sama dengan awak”. Aku yang tidak tahu minuman apakah itu ingin cuba merasakan air itu dan aku merasa senang kerana Joe tersenyum kepadaku.
Inilah kali pertamaku merasakan air yang terlalu pahit untuk ditelan. Aku mendiamkan diriku. Ketika aku sedang meneguk air itu, aku melihat Joe sedang mencampurkan serbuk yang berwarna putih ke dalam minumannya.
“Apa tu?” Aku bertanya dengan semangat yang ingin tahu.
“Perasa untuk menyedapkan minuman, nak ke? Joe menjawab dengan senyumannya.
“Boleh jugak” Aku menjawab dan menghulurkan minumanku kepadanya.
Setelah dua atau tiga kali aku mengeguk air itu, aku merasakan yang aku sedang berada terikat di tengah-tengah daun kipas yang sedang berpusing dengan laju sekali. Mataku seperti dihempap besi yang seberat lima kilogram. Aku terus tidak sedarkan diri. Entah mengapa badanku yang dilengkapi dengan baju yang baru aku beli sudah tidak ada seurat benang pun. Aku merasakan badanku lemah dan sakit-sakit. Aku melihat Joe sedang tidur disebelahku sambil tanggannya memeluk perutku. Aku menangis kerana Joe telah menodaiku. Tetapi pujukkan Joe telah berjaya meredakan kemarahan dan kesedihanku. Aku terus tidak memperdulikan apa yang Joe telah buat kepadaku dan menggapai tisu yang berada di dalam kocek bajuku untuk mengelap darah kesucianku yang melekat di bahagian pahaku.
Joe menghadiahkan serbuk yang dia beri kepadaku semalam dengan senyuman dan aku terus mengambilnya dan memasukkan serbuk itu ke dalam mineral water yang terdapat di dalam bilik Joe. Aku terus meminumnya bersama Joe dan kali ini aku merasakan yang dunia aku yang punya tidak seperti semalam kepalaku sungguh pening. Aku merasa seronok merempuh zaman baruku iaitu zaman ilusi dan khayalan. Namun begitu, tidak semua barang di dunia ini percuma. Joe menawarkan dirinya sebagai ejen kepadaku untuk membekalkan serbuk itu. Yang mengejutkanku, harga serbuk itu tidak seperti harga serbuk ice-pop yang dijual oleh orang Indonesia yang terdapat di Serikin Sarawak. Harganya sekitar RM 50 hingga RM 100. Entah mengapa, jika aku tidak memakan serbuk putih yang berasa pahit itu badanku mengiggil bagaikan berada di Kutub Utara atau Kutub Selatan yang diselaputi oleh ais. Joe menasihatkanku, untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, aku harus memakan serbuk itu dan dia terus menghulurkan serbuk itu kepadaku. Aku menerima tetapi bayarannya kemudian dan aku menawarkan tubuhku sebagai bayarannya. Tetapi Joe menganggap tubuhku tidak berharga kerana beliau sudah jemu menikmati tubuhku. Aku tidak tahu apa yang patut aku buat, kerana aku memerlukan serbuk itu.
Lama betul aku tidak balik ke rumah sejak aku bermalam di rumah Joe. Ketika kaki pertamaku melangkah pada anak tangga pertama, ucapan salam berbetuk batuk kering dari arah belakangku mengiringi langkah kakiku sehingga aku terbaring dikatil aku dan ibuku. Badanku mula mengiggil dan mencari serbuk yang menjadi kekuatan kepadaku. Ibuku yang berterendak dan menggunakan kain batik yang dibasahi peluh terus menghampiriku dan memelukku. Fikiranku hanya pada serbuk itu, ibuku bukannya dapat menolong. Itu saja yang aku fikirkan.
“Duit!” Aku meminta dengan sungguh kurang ajar pada ibuku.
Aku terus menyelongkar laci ibuku dan mengambil semua duit yang terdapat didalamnya. Ibuku jatuh tersungkur kerana ditolak olehku hinggakan kepalanya terhantuk dinding kayu yang keras buatan kayu meranti. Cecair merah terus mengalir bercampur air mata dan membasahi pipi dan baju yang dibasahi keringat ketika menoreh getah. Ibuku terus mengelap darah dan air matanya menggunakan kain batik yang dipakai olehnya. Manakala aku berlari ke rumah Joe untuk membeli serbuk itu. Selepas itu aku balik ke rumah dengan jalan yang terhuyung- hayang dan terjatuh ditangga rumahku. Ibuku mendapatkanku dan menyapahku dengan darah yang masih mengalir di kepalanya. Mengapa aku masih lagi kurang ajar ketika aku sedar bajuku terdapat lumuran darah ibuku. Aku marah kepadanya. Bodoh betul aku ni. Itu saja yang aku fikirkan.
Tanpa ku sedari, kepalaku juga dipenuhi corak berwarna merah yang seakan-akan corak yang dihasilkan dengan teknik tiupan ketika aku belajar matapelajaran pendidikan seni visual sewaktu tingkatan satu dahulu. Aku sikit pun tidak merasa sakit ketika aku menghantukkan kepalaku pada pagar besi penjara tempat aku menunggu untuk dihukum. Aku sangat menyesal ya Tuhan! Aku menangis sekuat-kuatnya dan aku tidak mengiraukan larangan warden penjara yang mengarahkanku untuk berhenti daripada meneriak. Ibu, maafkan Roziah. Roziah rela ibu yang memancung kepalaku dengan pedang arwah papa. Maafkan Roziah ibu. Roziah terus menyesali perbuatannya sambil menghantukkan kepalanya pada pagar besi penjara dengan kedua-dua tangan yang tidak lepas-lepas menggenggam besi pagar penjara.
Warden penjara yang bertugas cuba menenangkanku dan menghulurkan kain untuk mengelap darah yang mengalir di kepalaku. Aku masih menangis dan memanggil ibuku yang sudah seminggu menjadi penghuni di alam barzakh. Tiket ke alam barzakh itu, aku sendiri yang hadiahkan dengan serpihan cermin kaca yang menusuk di perut ibuku. Aku yang menempahnya sejak aku berkenalan dengan Joe. Aku sendiri yang mengambilnya ketika aku bergelut dengan ibuku sewaktu ibuku menghalang aku daripada mengambil duitnya yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutangnya selama ini. Aku sendiri yang membayarnya ketika kepala ibuku terhantuk cermin di meja solek bilik ibuku itu dan juga bilik aku semasa kami sedang bergelut. Mengapa aku bodoh sangat? Ya Allah kenapalah aku tidak dilahirkan di kalangan anjing-anjing yang berkeliaran. Kenapalah aku tidak dilahirkan sebagai getah yang menjadi torehan ibuku, sekurang-kurangnya aku dapat berjasa kepadanya dengan susu getah.
Ya Allah, sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah, maafkanlah dosa-dosa ibuku dan serahkanlah dosa-dosanya kepada aku. Biar aku yang menjadi arang kepada api neraka Mu. Biar aku yang menerima siksaan Mu. Ibuku puas tersiksa disebabkan aku. Ya Allah, jika terdapat cara lain untuk aku menebus dosaku aku sanggup buat walau aku mati sekalipun. Janganlah ibuku yang menanggung dosa kerana kurang memberi didikan kepadaku kerana aku yang tidak pernah memperdulikannya.
Ketika aku sedang menghambakan diri kepada Tuhanku, tiba-tiba datang seorang warden penjara dan menyentuh bahuku. Beliau mengucapkan selamat tinggal awal-awal kepadaku kerana tempoh hukumanku akan diawalkan dan akan dilaksanakan pada jam 12 tengah malam ini. Aku terus membisu bercampur perasaan takut yang teramat sangat. Sudah dua hari aku tidak melihat matahari, sudah seminggu aku tidak meratapi wajah arwah ibuku, sudah dua puluh tahun aku tidak meratapi wajah arwah papaku walaupun ketika itu aku berumur lima tahun, sudah sebulan setengah aku tidak melihat kelibat wajah Joe dan kini kesemua wajah-wajah itu akan mengiringiku ke dalam api neraka. Aku berharap agar taubat yang aku lakukan pada sisa-sisa umurku akan diterima dan mengurangkan hukuman yang bakal aku rempuhi pada zaman yang akan mendatang kelak.
Kini hanya tinggal tiga jam saja lagi sebelum aku berada di tali gantung. Aku menangis dan bertaubat nasuha atas dosa-dosa yang dilakukan olehku terhadap ibuku. Apa yang patut aku buat dalam masa tiga jam ini? Itu saja yang aku fikirkan. Aku cuba menenangkan diriku dan memanggil warden penjara dan menasihatkannya supaya tidak melayan sangat permintaan anaknya. Air mataku terus mengalir ketika aku menceritakan dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadap ibuku. Aku melihat warden penjara yang bertugas itu turut mengalirkan air matanya. Aku terus memeluk warden penjara itu dan aku pertama kali mengaku di depannya yang aku amat takut untuk menjalankan hukuman yang akan aku jalani tiga jam yang akan datang. Aku memeluknya dengan sungguh erat dan memintanya menemaniku ke tali gantung. Degupan jantungku bagaikan rentak yang pernah aku dengar semasa aku sedang berhibur di pub yang diberi nama Buluh Perindu semasa aku bersama Joe dahulu.
Sejam berlalu dan kini hanya tinggal dua jam. Aku terus bertasbih dan tidak henti-henti menyebut nama Allah. Dalam sedang kusyuk bertasbih kepada Allah, tiba-tiba fikiranku mengimbau kembali ketika aku memarahi ibuku sewaktu aku terpijak darah yang sering aku pijak. Adakah itu darah ibuku? Darah yang berpenyakit. Mengapa ibuku sering batuk-batuk? Mengapa aku sungguh bodoh tidak menyedari yang ibuku sakit malah dimarahi apabila dia batuk. Sekali lagi aku merasakan dosaku agak sukar untuk diampuni. Tetapi aku yakin Allah maha pengampun, itu saja yang dapat mejadi penenang kepada diriku. Adakah ibuku merasa pedih ketika kepalanya terhantuk dengan luka yang bercampur peluh? Adakah ibuku merasa pening seperti aku ketika aku berjalan terhuyung-hayang akibat berkhayal? Adakah ibuku merasa sakit seperti aku yang terjatuh di tangga akibat bekhayal apabila dia terjatuh ketika sedang memikul sebaldi susu getah dan menyirami kepalanya?
Aku ketandusan idea bagaimana nak menebus dosaku dalam beberapa minit saja lagi masa untuk aku menjalani hukuman. Aku hanya dapat bertasbih dan berdoa semoga dosa ibu dan papaku diampuni disamping dosa-dosa besar aku. Aku terus mengambil air sembahyang sebelum lima belas minit saja lagi aku akan menjalani hukuman gantung sampai mati. Aku mengambil kitab suci Al-Quran dan memeluknya ketika sedang menuju ke destinasi hukuman. Aku yang ditemani warden penjara yang sentiasa menemaniku dan memberi kata peransangku menasihatinya supaya menjaga anak-anaknya dengan baik dan menasihati kawan-kawannya supaya menjaga anak mereka dengan baik juga.
Mataku tepat melihat seutas tali yang diikat dengan ikatan jenis simpulan yang telah banyak mencekik ramai kepala-kepala orang yang bersalah. Di depanku terdapat pegawai-pegawai penjara dan polis-polis yang sedang menunggu ketibaanku. Sungguh seram suasana di dalam bilik hitam ini. Aku hanya dapat menangis dan cuba meminta belas kasihan pegawai-pegawai atasan yang hadir.Namun mereka tidak menghiraukanku dan menganggap aku hanya bersandiwara. Warden penjara yang menemaniku diarahkan untuk balik tetapi aku membuat permintaan terakhir supaya dia berada disampingku sehingga kepalaku berpisah dengan badanku. Permintaanku diterima dan aku hanya dapat berucap dua kalimah syahadah. Ketika salah seorang pelaksana yang ingin menyarungkanku topeng, aku memberikan senyuman terakhir kepada warden penjara yang sentiasa menemaniku itu dan mengucapkan selamat tinggal sambil limpahan air mata yang boleh menyebabkan seekor semut mati kelemasan jika berada di dalam kelopak mataku. Al-Quran yang ku peluk aku serahkan kepada warden penjara itu dan menyuruhnya membacanya jika aku sudah tiada.
Kini, aku telah disarungi dengan topeng yang legap dan aku hanya dapat melihat bayangan hitam yang muncul di depan mataku. Mungkin beginilah rasanya berada di dalam kubur? Aku diarahkan untuk naik dua anak tangga dan leherku terasa satu lilitan tali yang mengelilinginya. Aku diarahkan untuk bertenang. Ketika itu, keadaan menjadi sunyi dalam beberapa minit. Satu bunyi pun tidak kedengaran dan aku pasti jika salah seorang yang melepaskan kentutnya pasti dapat membingitkan kepala kami yang berada di dalam bilik itu. Aku merasa amat tenang dan merasa tiada hukuman yang aku akan jalani. Selepas beberapa minit, aku dikejutkan dengan bunyi satu tendangan yang menendang satu objek keras yang berhampiran denganku. Tiba-tiba aku merasa teramat sakit disebabkan jerutan tali gantung yang mencekik leherku. Satu patah perkataan pun tidak dapat aku ujarkan melainkan menyebut nama Allah di dalam hati. Sehingga aku meninggalkan dunia untuk selamanya.Selamat tinggal duniaku.

“ Percayalah, air dicincang tidak akan putus melainkannya kita beria-ia untuk memutuskannya. Tidak ada sesiapa di dunia ini melainkan ibumu dan selain Muhammad nabi junjungan kita yang teramat mulia menjadi inspirasi dan aspirasi kepada kita dan dunia ini .” Jadilah seorang insan yang mulia selepas nabi, ibu dan bapamu……………….Sekian saja.

Hasil Karya :
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬___________________________
Syed Mohd Solehin Bin Wan Sarip
(Anak lelaki yang kedua Sh Hajijah)
PPISMP BM/PJ/KS IPBL

0 ulasan: